Friday, September 24, 2010

Pesanan kepada semua peserta blog.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua peserta-pesrta blog pertandingan Terengganu.Insyaallah,Mudah-mudahan semua jadi pemenang.Saya merasa gembira kerana diberi peluang menjadi salah-seorang peserta yang bertanding dalam ketegori sekolah.Disebabkan pertandingan ini,saya berpeluang untuk melancong ke Terengganu.

Saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada pihak penganjur dan juga pihak pengurusan pertandingan blog perlancongan negeri Terengganu.

Ini adalah artikal saya yang terakhir sebelum tamat tempoh pertandingan sebab saya belajar di asrama.Insyallah saya akan update selalu maklumat atau pun berita dalam blog saya ini.

Ikhlas dari saya
Syukrina Bt Muhammad Razak
Umur:13 Tahun
Sekolah:Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari,Sungai Petani

Friday, September 17, 2010

PENGALAMAN KE SEPULUH - TAMAN TAMADUN ISLAM

Semasa berada di Terengganu, saya dan keluarga saya tidak melepaskan peluang untuk ke Taman Tamadun Islam. Setibanya saya di sana saya dapat melihat senibina Tamadun Islam yang cantik, indah dan menawan.

Lihat sahaja pintu gerbang ke Taman Tamadun Islam yang dibina dengan ciri-ciri Islam. Megah berdiri sambil melambai kepada pengunjung-pengunjung ke sini.

Sekiranya anda tiba di sini, anda hendaklah masuk dan melihat Taman Monumen ini. Kebanyakan monumen-monumen di sini dibina merupakan bangunan-bangunan kecil yang melambangkan Tamadun Islam.


Ini merupakan salah satu daripada monumen yang saya muatkan dalam blog saya. Ia dibina dengan begitu cantik sehinggakan saya dan adik-adik teringin masuk dan bermain dalam bangunan tersebut.

Seronok betul bila berada di sini disamping saya dapat mempelajari banyak perkara mengenai Tamadun Islam di sini.



Thursday, September 16, 2010

Pengalaman kesembilan

Saya begitu impikan untuk ke Masjid Kristal kerana saya telah banyak melihat di internet dan banyak pengalaman kawan-kawan saya tentang Masjid Kristal tersebut.Saya begitu teringin sehingga telah memaksa keluarga saya untuk ke sana.Tak disangka-sangka,akhirnya saya dapat juga berpeluang untuk ke Masjid yang selalu saya impikan.

Pengalaman kelapan


Setelah saya dan sekeluarga sampai di Bandar Dungun,saya sempat pergi ke Bandar Teluk Gadung.Di situ saya terlihat UITM (UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA). Lokasinya begitu cantik kerana ia berdekatan dengan laut.

Jika cita-cita saya kesampaian,saya ingin belajar di situ.Saya rasakan tempat itu sesuai untuk belajar.Diharapan UITM juga terdapat beberapa gerai makanan.Permandangannya sangat cantik..

Saya meluangkan masa lebih setengah jam berada di situ.

Pengalaman ketujuh

Pantai Air Tawar kat sana best sangat...Pantai tu cantik,bersih dan macam-macam lagi....

Pengalaman kelima



Saya berasa teruja untuk melihat cara membuat sata kerana di Kedah tak ada sata.Saya teruja sangat sampai makcik yang buat sata tu bagi saya buat sata...hehe...Tak disangka-sangka pulak...Sata di Terengganu sedap sangat....Jadi jangan lepaskan peluang untuk makan sata semasa berada di Terengganu.

On the way ke Kuala Berang


Semasa lawatan saya ke Terengganu kami nak ke Kuala Berang. On the way, kami singgah beli minuman untuk adik saya. Al-maklumlah adik saya tu umurnya 2 dan 9 tahun. Jadi saya ambil kesempatan untuk bergambar di papan tanda ini. Saja untuk penuhkan cip kamera ajer. Nak buktikan kepada kawan-kawan saya dah sampai di kebanyakan tempat di Terengganu... jangan "jealous" tau . Terengganu best giler ..