Friday, July 2, 2010

Cara-cara hendak membuat Nasi Dagang

Bahan-Bahan Untuk Membuat Nasi Dagang

3 Cawan Beras Siam
1 Cawan Beras Pulut
2 Cawan Santan Cair
2 Cawan Santan Pekat
4 Ulas Bawang Merah(dihiris halus)
1 Inci Halia(dihiris halus)
Sedikit Alba
Garam Secukup Rasa


Beras dan beras pulut yang telah direndam selama 6 jam ditoskan dan kemudian dikukus selama 1/2 jam.Angkat dan masukkan santan cair serta digaul rata dan dikukus sekali lagi hingga masak.Angkat dan masukkan santan pekat,alba,bawang merah,halia dan garam secukup rasa.Bahan-bahan ini kemudiannya digaul rata.Nasi Dagang Terengganu sudah siap dimasak dan sedia dimakan.


Bahan-bahan Untuk Membuat Kuah Nasi Dagang

1 Ekor Ikan Tongkol(dikukus)
1 Mangkuk Santan
2 Sudu Besar Rempah
10 Ulas Bawang Merah}
1 Ulas Bawang Putih }
½ Inci Halia } Dikisar
½ Inci Lengkuas }
3 Keping Asam
5 Sudu Besar Cili Giling
Sedikit Cili Padi
Garam,Perasa Ajinomoto dan Manisan(Gula Melaka) Secukup Rasa


Kacau santan hingga mendidih. Kemudian masukkan cili giling, bahan-bahan yang dikisar, rempah dan asam keping. Kemudian, masukkan ikan yang telah dikukus serta cili padi. Biarkan ia mendidih dengan api yang perlahan. Kemudian,masukkan garam, perasa Ajinomoto dan manisan secukup rasa. Biarkan kuah itu menjadi agak pekat. Kemudian, kuah sedia dimakan bersama-sama dengan Nasi Dagang Terengganu

No comments:

Post a Comment